Monday, March 10, 2014

MH370 - where are you

assalamualaikum..

selamat pagi isnin. actually MC tak berapa nak ceria since weekend aritu. macam-macam issue. rasa tak larat pun ada. tapi tak boleh la nak ikutkan sangat emosi. kerja tetap kerja. control yourself. draw a smile on your face, move on.

sad tragedy for mh370 kan? MC maksudkan 'tragedi' tu bukan sebab terhempas ke ape, sebab now semua tengah bersedih, bingung dengan kehilangan. susah nak trace. banyak spekulasi, teori. tapi kena ingat jugak, semua cabin crew and passengers ada family masing-masing. so MC mintak sangat jangan la kita excited nak share story yang tak sahih or create ridiculous incident. tak patut sangat.

Hari Sabtu tu, bangun pagi MC terjumpa baby kucing mati. kesian. sebab MC takut kucing, so kepala terus pening. kesian. tapi takleh nak pegang. sorry baby :(. lepas tu dengar pulak pasal MH370 ni. lagi la rasa tak bermaya. rasa simpati. bayangkan jika kita dibiarkan teraba dalam kegelapan. macam tu la perasaan semua orang. tengahari, nak masak. perap ayam dengan serbuk kari. skali nak goreng, ada ulat. rupanya serbuk kari tu dah berulat. hukhukhuk. basuh and gorang plain. tu pun makan tak abis seketul. seriously, no mood. biasa la. perempuan. susah nak kawal perasaan. then MC pergi angkat kain. sebab panas. so half day pun dah kering kontang. skali jumpa lagi baby kucing yang mati. uwwaaaaaaa..terpaku sambil pejam mata. ya Allah. kenapa banyak sangat dugaan hari ni. terus MC jalan tak tunduk masuk rumah. Istighfar.

panggil kawan mintak tolong buang bangkai kucing. kesian. being told that maybe bapak dia gigit. mak pulak yang biasa suka menggesel, dok termenung kat parking area. sedih???

mungkin hari yang tak ceria. tapi MC kuatkan hati. ye la. maybe itu perkara kecik bagi orang lain. tapi bagi MC yang tak boleh tengok benda ngeri, sedikit sebanyak, lemah semangat ooiiii.

ape pun. hari ni, stick to radio and tv. kat opis bukak radio. nak sangat tahu update pasal mh370. sama-sama kita doakan ye. tak kira warganegara, bangsa or agama ape. harap semua selamat. jangan burukkan lagi situasi.

Thursday, January 9, 2014

Swasta pilihanku

pernah tak siapa-siapa yang kerja swasta tu, balik kampung, makcik-makcik or parents kita suggest.." mintak la keje gomen. banyak iklan dalam tv tu. isi SPA". ape perasaan korang jikalau

1- korang dah isi seploh kali SPA
2- sanggup cuti balik kampung nak exam 2-3 kali
3- tak pernah lepas stage interview
4- status kat SPA tiada kekosongan untuk jawatan yang dipohon

agak-agak korang berasap tak? hangin sebab macam la kita ni tak usaha. tapi pelik jugak kenapa semua agungkan sangat gomen? sebab senang dapat loan? secure? terpulang pendapat masing-masing. tapi rezeki orang lain-lain. kalau anak jiran dapat keje gomen, jangan la meracau nak suruh anak kau mintak. dah mintak ok. tak dapat!! MC nak balas beria kang cam kurang ajar. tapi tak boleh salahkan golongan setengah abad ni. bukang diorang tahu situasi pekerjaan. especially yang tak bekerja.

so our task is to educate. cakap la kita dah apply, tak lepas-lepas. and our current job dah bagus. means korang kena argue dengan points yang bernas. supaya dorang tak risau future kau, and stop membebel pasal keje gomen * eh macam pengalaman sendiri pulak. hihihi

kerja, asal halal, dapat duit, bagus dah tu. kumpul pengalaman. mintak kerja lain if nak lagi better. pilihan kita sendiri yang buat. jangan malas kerja dah la. Ptptn sila bayar ye.

tak baik naikkan suara dengan orang tua. pemahaman kita tak sama dengan mereka. tone down ok. tak rugi pun. anything boleh bawak bincang :)

Spiderman

hai. eh sorry. tengah tarik sawang, mop lantai, lap tingkap. hah?? dah siap ada spiderman kat blog ni. haha. ye la. berkurun tak update. padahal masuk tahun baru patut makin fresh. Almaklumlah, MC ni bukan cam blogger lain yang aktif. MC berjiwa malas sket. ikut mood. ada pasang surutnya. :p *alasan

azam baru? ntah la. sebab rasa cam tak perlu kot every new year nak buat azam baru. anytime pun boleh kan. just simbolik la tu nak buat something marvelousmasuk tahun baru. tak salah pun. maybe korang lagi semangat nak start buat dari 1 January tu kan. MC ada jugak azam-azam tapi stat end Dec. Memang MC ni tak suka sangat nak cliche. hahaha. tapi kalau dah emmang benda tu best, tak kisah la cliche pun. ah, melalut

ape kaitan Spiderman? takde pun. hihi. alaa. jangan marah ok. kita geng-geng. gurauan tu tanda mesra. cewaahh. sape ada instagram? kalau agak-agak boring ke, tension, sila follow faizdickie . memang awesome dia punya komik. MC respek dia sebab idea tu teramat kreatif. for me la. kadang-kadang benda tu simple, dah lama..tapi diolah boleh buat berribu ummat gelak. MC pun masa tengok post-post dia, mesti control gelak. kelakar sangat. siap boleh senyum sorag-sorang. tapi tengok post time dia sedih, teringat arwah emak dia, adoii. nak menitik. ayat dia memang kena. padahal biasa je. eh MC takde saham ape pun kat Ig dia tu. saje suggest kat korang. so azam tahun baru, jangan emo-emo ye. agak-agak nak meletop, hah pegi baca komik dia. konpem tekanan darah kurang. hihi


Nah, MC belanja korang one of his comics. kalau korang rasa tak kelakar, memang bukan #villagepeople (gelaran follower dia). hihi enjoy ok.

Thursday, December 12, 2013

The Wedding Breaker

heyy..bukan MC ye!! tu tajuk semata. alaa, gurau pun takleh. kuang kuang kuang. MC suka jugak layan cerita melayu. sebab rasa cam bangga kalau ramai follower. means takde la kureng sangat industri hiburan kita ni. so kelmarin, google la jap drama akasia ape ganti PISA tu. helloo..bukan pisang ye. Playboy Itu Suami Aku. next week last episod. MC kurang gemar sket cite tu. tak tengok pun. hihi. malas nak komen. tiap orang ada taste sendiri. kang cakap lebih-lebih dah kira mengutuk. :)

jumpa few blogs and fbs yang cerita pasal TWB ni. short form je la ye. malas nak tekan shift untuk capslock. :D eager gak nak tau. sebab biasanya novel yang jadi drama ni, mesti lah top selling. takkan produser nak invest menbabi buta kan. jumpalah blog si novelis ni The Wedding Breaker. namanya Evelyn Rose. Eve la singkatnya.

MC bacalah dengan khusyuknya. sebab time tu kat opis tak sibuk. keje dah siap. bukan makan gaji buta ye. hihi. alamak!! tak tau nak describe camne. impress sangat dengan Eve ni. siap dah baca semua yang dia post. ada 3 tajuk. pepandai la korang pegi jenguk blog dia tu. best. awesome. sebab dalam romantis, sedih, happy jalan cerita, tapi akan ada pengajaran untuk readers. siap ada hadis, quote..dah macam novel + buku ilmiah. tapi tak bosan. ampunkan MC yang tak reti nak explain camne.hahaha

siap follow ig, fesbuk dia. tak sabar nak tengok drama ni kat tv3. Akasia ok. pukul 7. rasanya start end of Dec 2013. kalau rasa tak caya, at least baca one of her posts. mesti cam terkesima jap. pastu the way she answered followers comments, aduhai. berhemah. kira tarik rambut dalam tepung. biar tepung tak sleerak, rambut tak putus. betul ke? :p



Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

common gila kan tajuk? hihihi. ye la. lawa tu. so ramai la yang kawen, tunang, propose awek, macam-macam lagi la. yang konon akan senang diingat sebab tarikh yang simbolik. ye ke?

che ta, jovian pun kawen arini kan. mesti ramai yang tak sabar nak tengok pic. jangan korang tak sabar mengutuk dah la. kesian. tak suka pun say it to yourself. tak elok hina, maki orang lebih-lebih. especially kat social site. paham kan? :). MC sayang korang yang positive ni. tiup jauh-jauh negative vibe tu. fuuuuhhhhh (muncung kemain mulut awak tu)

dah nak abis 2013. yeayyyy. eh, apesal happy? ntah. hahaha. no special issue. azam takde buat pun. sebab cam trend je. tahun baru je nak berazam bagai. pastu tak buat pun. padahal anytime kita boleh improve ourself or dreaming of something. adakah kelaut english ku ni? alaaa, ampun ye. MC ni tak fluent sangat. masih bertatih.

dah sekerat jalan blur lak nak cite pasal ape. kuang kuang kuang. mungkin sebab sakit perut penangan teh herba semalam. kiranya toilet tu kekasihku la hari ni. haha. need to stop sebelum merabah ntah ape-ape. tengok la kalau otak cergas, up lagi pos this afternoon. selamat bekerja!!

Tuesday, November 26, 2013

2nd hand books for sale!!!!


sape bosan dok rumah? angkat tangan. tapi cover ketiak ye.hihihi. ni ha MC tolong kawan jual balik her books. tu la. time membeli tak ingat dunia. now rumah dia takde space dah. penuh buku je. kalau ilmiah takpe jugak. ni macaaammm macaaam.hahaha

tau kan Mills and Boon? ni Modern edition version ye. bukan yang tahap muka zaman p.ramlee tu. kira adult romance la. sangat tak sesuai untuk kanak-kanak.

sape nak?? ada beratus nak jual. RM30/10 biji. tajuk random. takkan nak pilih lak kan. sume best. tak caya?? MC pun dah beli la. 100 biji. nak challenge??

email ke masz.lynna@gmail.com kalau nak ye. postage nanti kita kawtim. kawan kat kl tu






Monday, November 25, 2013

SALE!!SALE!!SALE!!!

mentang-mentang dah nak ujung tahun, tau je kan ada few company bagi bonus. pastu beria la buat sale. most of shopping complex dah start sale pun. ye la. cuti sekolah kan. pastu next month pulak Krismas. bahagia kau ye!!

tengok ada update pasal sale Air Asia (AA). quite cheap. actually memang cheap. hihi. tapi lemah semangat tengok tarikh penerbangan. May 2014 - Jan 2015. fuyyooo. gila lah. 2013 not even finish yet, kau dah buat sale untuk next 2 years ye. hahaha. manyakkk bagus oooo. MC boleh cakap dalam setahun, 2 kali dapat harga ni. sebab MC beli yang free seat jugak Mei aritu. pastu dah tak dapat harga semurah tu sampai la sale kali ni. agak rabun mata la tengok harga kan.

tapi terfikir ngan tarikh yang agak lama sket, everything can happen.  buatnya pindah ke, ada emergency time tu, or flight cancel, mau berdarah mata menangis. even murah, duit tu. ke awak-awak kaya terlampau?? :p. sila sayang duit korang. belanja berhemah
*duta jimat. hahaha

kena fikir relevan sesuatu sale tu. kadang-kadang dorang nak upkan capital. so by having a sale, ramai orang order untuk flight yang lambat lagi, dorang bole pakai dulu as a fund. tapi if barang, sila cek betol-betol. ada yang nak expired. handbag tu, ada menggelupas sket. seasoned item. mesti ada sebab. tak caya dah. pegi main jauh-jauh. hehehe

pikir bebaik sebelum beli something.



Thursday, November 21, 2013

Villa Nabila the movie

kisah seram paling sadis du bulan November 2013. aisehh. rasa nak tampor pun ada. kat rumah tu kan, ada pinggan mangkuk kena cuci, basuh kain, sapu lantai, tebas rumput depan rumah. yang pegi masuk rumah terbiar tu, ape pekdahnya ye? ni nak tanya sikit. ada jawapan bernas tak?

tak faham budak zaman sekarang. cewahhh. berlagak cam orang tua pulak ye.hihii. ye la. isshh. Astro pun channel berlambak. bosan ke? nak sangat hadap hantu? takde keje nak cari kerja. tapi tak berfaedah. geram. sebab menyusahkan banyak pihak. mak dia yang risau anak tak balik, polis yang kena kerah cari mamat ngeng tu, orang sekitar dok termenung tunggu depan villa, cameraman, wartawan. padahal ade cite lagi best kot. ni sume sebab kau!!

kesian kat mak dia. konpem time jalan kaki pegi kedai runcit nak beli gula, ada yang sindir. bukan kena sorok hantu, tapi menyorok kat rumah awek. hampass kelapa betul. pikir tak perasaan emak awak? beria cakap disorok hantu. kan dah malu. yang lahi tak faham, facebookers yang syok share cite tu. 30 orang masuk, 7 je yang keluar ye??baik punya tokok tambah. memang makhluk halus ni ada. bukan takde. tapi yang mengong pagi carik tu, kenape? kan dah pegi skolah pun kena boooo. nak serkup muka ngan uniform? pakai topeng? kalau adik MC, memang kena cepuk 10 kali dulu la. tak pun terajang sedass. budak sekarang berlembut pun ada hadnya. nanti kita yang kena main.

villa nabila..oh nabila. femes kau ye. tak pasal ada pulak yang nak buat filem pasal kau. hope takde la yang meracau. doakan baik-baik je.

Thursday, November 14, 2013

Cubaan bunuh diri

semalam bawak geng dari KL keluar dinner. ye lah. tempat camni, kalau datang tak sah seafood. MC pun cam dah bingung dengan diet.hihihi. last week pun seafood. minggu ni pun sama. hope takde la lagi yang nak datang next week. wooo..bahaya jugak kalau manjang je makan seafood. jarangkan

pastu tengok bunyi bising-bising. almaklumlah, tempat kecik kan. ada pulak reporter tak bertauliah bagitau ada perempuan nak bunuh diri. erkkk.scary!!! ape hal nak bunuh diri ni weh? biasanya warga asing la. so MC malas nak lalu kat tempat kejadian. ramai orang. bomba pulak sekat jalan. kang tak pasal lambat pulak nak pergi melahap. :p

kami makan dengan jayanyaaa. tak sempat snap semalam.lapor

laaa. punya la lama bersembang time makan. dah balik pun bomba ada lagi! wahh..ini kes besar oooo. so balik rumah godek facebook. yup. kat sini pun ada page untuk rakyatnya. hihihi. senang sangat nak dapat info. tup-tup terbaca komen seram. aiyaaakkkk. sebab tempat yang kononnya perempuan nk bunuh diri tu, hotel terbiar. dah lama kot. maybe more than 10 years. ada kes saman Tan Sri Harris Salleh , hotel labuan terbakar.

pagi ni baru berani baca komen semalam pasal kes tu. hahaha. penakut kan? seram jee. rupanya ada yang call Bomba sebab nampak wanita hayunkan anaknya, macam nak jatuhkan dari tingkat 3. pastu, tup-tup kat tingkap 10 pulak. yang buat lama bomba kat situ, dorang kena masuk dalam nak cari la perempuan tu. sampai ke sudah tak jumpa. misteri???? malas nak fikir banyak-banyak. kang ada malam ni tak tutup lampu, tahan pegi toilet sampai pagi :(

Wednesday, November 13, 2013

Nak Kena Tegur Ke Tak Payah??

pakai capital and small letter bercampur , fefeeling remaja pulak :p

sekarang ni memang kena spare power bank. tak kisah la brand ape pun. cap sardin pun jalan. sebab? syok sangat mengomen, menilik gambar kat instagram, facebook. tak masuk reply whatapps lagi. nasib tak download wechat. hadoii. penangan Android. sampai if tahap boring takde keje, bole buka all those apps setiap setengah jam. kronik ke? ntah la. maybe ada yang lagi teruk kot. haha. saje nak sedapkan hati sendiri.

MC suka instagram sebab add few friends je. banyak follow artis and page bisnes. bukan nak jadi artis ye (tak layak pooonnn). sebab suka tengok dorang nye aktiviti, baju yang glam-glam. best kan? duit berkepuk kot artis ni. tapi menjadi orang yang femes or tak, as long kau public figure, the price you need to pay is your life is fans' tv. they watch, stalk, comment..banyak lagi. istilah personal macam tak boleh diguna pakai. penat tak? kesian jugak tengok ada yang kena hentam. sebab pakaian, opinion or attitude. yup, betul. if rasa taknak dikutuk, jangan upload. thats the reason kenapa orang suruh fikir dulu sebelum buat. upload pic memacam, bersedia la nak terima makian, kutukan, cacian tahap 18sx. pastu nangis meroyan sedih.

salah siapa? artis yang upload ke atau followers yang tak reti bahasa? MC geram jugak tengok ada yang komen, adoii, sendiri pun sakit hati baca. MC tau artis tu bersalah, ye. bagi dia sharing is caring. means artis tu nak update fans dia ape dia buat that day. that time. teguran tu perlu. kalau salah la kan. untuk perbetulkan. tapi kalau dah tahap ayat kasar, sape boleh tahan. kat skolah belajar bahasa melayu kan? kalau fail salah korang la. tapi gunakan ape yang kita belajar tu. penat cikgu ajar. meh MC bagi contoh sket.

situasi;
artis XYZ upload pic tengah peluk dengan gf

fan A komen;
poyo la mamat ni. nak berlagak tunjuk awek la tu. ptuiihh..dah la tak lawa, tak cukup kain. memang go to hell la korang ni!!!! (tanda seru nak kena banyak)

fan B komen;
gf bro? kalau ye, baguslah da berpunya. semoga ke jinjang pelamin/kawen.
*p/s sepadan. kalau tutup sket lagi lawa :)

kalau korang artis XYZ, komen mana yang buat korang jadi Hulk Hogan???  tanya hati sendiri